Pengarah Urusan SDAC, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, bengkel itu akan dikendalikan oleh pakar permotoran berpe­nga­laman dan para peserta akan mempelajari tentang cara untuk memaksimumkan pelbagai ciri dan fungsi teknologi tinggi yang terdapat pada Raptor.

Katanya, ini termasuk meng­ajar peserta tentang bila dan bagaimana untuk menggunakan Sistem Pengurusan Permukaan (TMS) trak iaitu sistem canggih yang menawarkan enam mod pemanduan praset untuk menakluki apa jua permukaan de­ngan sekadar putaran dail sahaja.

“Para peserta akan turut memahami aspek-aspek kejurute­raan trak dan bagaimana ia di­terjemahkan kepada pemanduan yang dinamik dan trek yang lebih luas, ketinggian yang ditingkatkan, dapra lebar, suspensi perlumbaan FOX Racing Shox, tayar yang lebih besar dan lebar serta plat hentaman bawah yang besar.

“Sasaran bengkel adalah untuk membekalkan para pe­langgan pengalaman yang bermanfaat secara langsung. Topik-topik yang dibentangkan oleh pakar-pakar permotoran juga membolehkan mereka menghargai dan lebih memahami trak lasak berkelajuan tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Syed Ahmad Muzri, pendekatan dengan kumpulan yang kecil tidak melebihi 10 peserta dipraktikkan bagi memastikan bengkel yang efektif.

Menurutnya, peserta juga digalakkan untuk menjemput rakan-rakan menghadiri bengkel bagi mendapatkan promosi Refer-a-Friend.

“Promosi tersebut membo­leh­kan peserta menerima kad petrol bernilai RM500 sekiranya rakan-rakan mereka membeli sama ada Ranger Wild Trak atau Ranger Raptor.

“Para pelanggan yang membawa anak-anak tidak perlu risau kerana sudut kanak-kanak akan disediakan supaya ibu bapa berpeluang untuk turut sama terlibat di dalam bengkel atau perbincangan,” katanya.

Bengkel Deep Dive Ranger Raptor akan diadakan di Ford Johor Bahru, Auto Lumina pada 7 September; Ford Melaka, Sing Kwung (14 September); Ford Puchong, Star East (21 September); Ford Penang, SDAC Juru (5 Oktober); Ford Muar, Ang Trading (12 Oktober); Ford Ipoh, SNS Kembara Utama (19 Oktober); Ford Kota Bharu, Tugu Etika (2 November); Ford Ampang, Trio Mantap (16 November) dan Ford Petaling Jaya 2, SDAC PJ2 (30 November).