Ketua Pegawai Eksekutif Baskin-Robbins, Cheah Jia Ming berkata, pihaknya turut melancarkan promosi ‘Double Celebration’ dan ‘Mega Celebration’.

Katanya, dengan pembelian Single Regular (RM11.50), pelanggan boleh menikmati ‘Double Celebration’ dengan menambah RM1 manakala pembelian Single King (RM14.50) layak menikmati ‘Mega Celebration’ dengan menambah RM1.

“Aiskrim ikonik Baskin-Robbins diberi transformasi dengan bendera bersaiz kecil diletakkan di atas ais krim yang mempunyai unsur-unsur seakan Jalur Gemilang.

“Promosi ini dilancarkan secara eksklusif untuk memperingati Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dan hanya tertakluk kepada tempoh dua bulan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE