Hasil melonjak 4.9 peratus kepada RM6.15 bilion daripada RM5.87 bilion sebelumnya, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Keputusan suku kedua yang kukuh itu disumbangkan terutama oleh prestasi dari semua syarikat operasi selain daripada operasi mudah alihnya di Malaysia dan Nepal, serta didorong oleh prestasi yang lebih baik dan berakhirnya kerugian yang dialami berkaitan pelaburan kumpulan itu di India.

Pendapatan kumpulan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat 30.7 peratus kepada RM2.67 bilion pada suku keempat.

Lembaga Pengarah Axiata telah menyelesaikan dividen dikecualikan cukai menerusi sistem satu peringkat sebanyak 5 sen sesaham biasa syarikat itu, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 (30 Jun, 2018: 5 sen). - BERNAMA