digambarkan. Bagaimanapun, perlu diakui kebanyakan bengkel kini sudah banyak berubah seiring dengan perkembangan semasa, tetapi masih ada lagi bengkel seperti ini

pada era yang hampir menganjak 2020. Apa yang menariknya, meskipun keadaan bengkel sebegitu, masih ramai pemilik kenderaan kekal memilih untuk ke sana berikutan

kemahiran mekanik, perkhidmatan bagus dan harga berpatutan. Tetapi, sampai bilakah pemilik bengkel mahu terus berada di takuk lama? Sehinggakan sesetengah bengkel masih ada yang tidak menyediakan ruang untuk pemilik kereta menunggu. Itu semua merupakan keperluan asas untuk dilabelkan sebagai bengkel yang lengkap. Bagi mengetahui apakah

yang dimaksudkan dengan bengkel kenderaan alaf baharu, wartawan Utusan Malaysia, NUR HANANI AZMAN menemubual Pengarah Autohaus, MUHAMMAD EEZAM MASRIPAN di Shah Alam baru-baru ini.

Sejak bila mula melibatkan diri dalam dunia automotif?

Saya mula menceburi industri automotif pada 2015 dengan mempelajari asas daripada pakar di Jerman. Sejak itu, saya kumpul dana sedikit. Mula-mula, saya membelanjakan seba­nyak RM100,000 untuk membeli peralatan terpakai dan stok sedikit-sedikit kerana mahu belajar mengenai pasaran.

Pada waktu itu, perkhidmatan yang kami tawarkan hanya servis dan baiki sahaja. Pada waktu itu juga, jika kita lihat dari luar, pasaran automotif dikuasai oleh bukan bumiputera sebanyak 95 peratus. Bermula daripada peruncit, pengilang semuanya bukan bumiputera. Jadi fokus kami ketika itu hendak pergi lebih jauh dan lihat bagaimana kami boleh meme­cahkan tembok sempadan ini.

Lama-kelamaan apabila ada untung, kami membeli mesin tayar pula. Kemudian pada 2017, kami mula membuka cawangan baharu di kawasan lain.

Apakah maksud Autohaus?

Autohaus bermaksud kedai kereta dalam bahasa Jerman. Kami membawa konsep yang dibawa daripada Jerman yang begitu berbeza dengan Malaysia. Cara mereka kerja, susun atur semua lain. Orang Jerman begitu teliti dan menjaga ­betul-betul kualiti perkhidmatan mereka. Begitu juga dari segi penjenamaan.

Kami mahu pelanggan me­ngalami perbezaan pusat servis ini, dengan menawarkan perkhidmatan di bawah satu bumbung, daripada pemeriksaan kenderaan sehingga per­khidmatan tukar tayar.

Bagaimana pula dengan ­AutoExpert Petronas?

AutoExpert Petronas me­rupakan program baharu di bawah Petronas Lubricants International. Bengkel Autohaus di Shah Alam merupakan yang pertama mengggunakan 100 peratus produk jenama ­Petronas.

Di pusat servis ini, pelanggan diberikan jaminan kecekapan dan perhatian mekanik yang ­dilatih khusus serta penggunaan perkakasan dan teknologi terkini untuk menjalankan pemeriksaan, diagnosis enjin dan pertukaran minyak.

Pusat servis itu juga menawarkan produk Petronas termasuk minyak enjin premium yang diperakui terbaik untuk melindungi enjin. Konsep ini akan diperluaskan di dua lagi cawangan baharu di Seri Kembangan dan Petaling Jaya.

Bagaimana dari segi per­saingan?

Tidak kira apa-apa perniagaan, kena ada perubahan baharu, inovasi, kerjasama yang kuat. Autohaus mempunyai kerjasama dengan Petronas dan Institut Automotif, Robotik dan Iot Malaysia (MARii) setakat ini.

Kami berharap supaya ukhwah ini dapat berkembang lagi maju. Sebagai pemain industri automotif, adalah pen­ting untuk kita berbaik dengan para pembekal kerana bekalan adalah antara elemen penting di dalam perniagaan.

Apakah perancangan masa hadapan?

Kami mahu mengukuhkan kerjasama dengan Petronas untuk membangun bersama. Kami dapat belajar banyak dan menjadi lagi maju dan dalam masa sama meramaikan usahawan lagi.

Untuk itu, kami mempunyai dua arah tuju iaitu untuk memperluaskan Autohaus dan AutoExpert. Kami merancang untuk membuka cawangan baharu di Lembah Klang dan bandar-bandar utama seperti Melaka dan Kuantan.