Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AWC, Datuk Ahmad Kabeer berkata, kontrak itu adalah untuk mereka bentuk, mengeluar, membekal, memasang, menguji dan pengoperasikan kerja-kerja Kenderaan Pengisaran Rel Harsco Model RGH 10C untuk MRT2: Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dibangunkan oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd.

Katanya, kontrak tersebut dijangka siap pada 30 September 2022.

“Ini merupakan kontrak tunggal pertama yang diperoleh bahagian rel sejak pengambilalihan tahun lepas.

“Menerusi penganugerahan ini, jumlah kontrak yang dimenangi syarikat mencecah kira-kira RM135 juta bagi tahun kewangan semasa. Kami mengharapkan lebih banyak peluang dalam sektor rel memandangkan projek rel mega lain diteruskan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA