SESB dalam kenyataan di sini hari ini berkata Ir Abdul Nasser, 52, yang telah berkhidmat dengan syarikat utiliti itu sejak 1 Sept 1990, sebelum ini memegang jawatan sebagaii Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB.


Beliau yang berasal dari Kota Kinabalu, berkelulusan Bachelor of Mechanical Engineering (Hons) dari University of Nottingham, England.


Ir Abdul Nasser juga pernah memegang pelbagai jawatan teras dan sokongan dalam SESB termasuk sebagai ahli pengurusan tertinggi sejak 2008 sebelum dilantik sebagai pemangku pengarah urusan syarikat. - BERNAMA