Hamzah Zainuddin

Menteri Perdagangan Da­lam Negeri, Koperasi dan Ke­penggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, KR1M 2.0 akan menawarkan 50 jenis barangan pengguna berjenama yang dijual pada harga lebih rendah daripada pasaran.

“KR1M2.0 juga akan menawarkan harga lima barang keperluan asas iaitu beras, gula, minyak masak, tepung dan gas petroleum cecair (LPG) lebih rendah daripada pasaran,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Friends Of Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) (FOK) peringkat negeri di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis, di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Kepenggunaan) KPDNKK, Datuk Razali Othman dan Pengarah KPDNKK Perlis, Khairul Amin Talib.

Keahlian FOK bagi Perlis sebanyak 12,328 orang.

Hamzah berkata, penstrukturan semula itu juga akan memberi peluang kepada pengguna untuk membeli-belah dengan lebih selesa di KR1M2.0.

“KR1M2.0 menawarkan har­ga jauh lebih rendah berbanding kedai lain terutamanya barangan keperluan asas,” katanya.

Beliau berkata, ini membuktikan kerajaan melaksanakan agenda yang dirancang bagi memberi kebaikan kepada rakyat.

Sementara itu, Hamzah berkata, penubuhan FOK di setiap negeri untuk menjadi mata dan telinga kerajaan jika berlaku penindasan harga terhadap pengguna.