Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di Frankfurt, Badrul Hisham Hilal berkata, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leiking di jadual mengetuai delegasi Malaysia ke pameran udara itu dan merasmikan Pavilion Malaysia.

Darell yang akan diiringi pegawai kanan kerajaan dijangka menyampaikan ucapan pada seminar makan tengah hari bersempena pameran udara yang akan dianjurkan bersama oleh Matrade dan Persatuan Industri Aeroangkasa Perancis (GIFAS).

Menurut Badrul Hisham, menteri itu juga akan melawat kilang enjin pesawat Safran Aircraft Engines berhampiran Paris.

Safran mempunyai kilang sistem pendaratan di Sendayan, Negeri Sembilan yang menyediakan brek untuk 140 syarikat penerbangan di rantau ini. Kilang itu kini menghasilkan 350 tan karbon, satu per lima daripada brek karbon di dunia, dan ia menghasilkan 10,000 penyejuk haba setahun untuk beberapa pesawat.

Malaysia telah menyertai Pameran Udara Paris dwitahunan itu sejak 2015. - BERNAMA