Zambry yang berpakaian seperti pekerja bahagian pembersihan MBI turut menaiki lori sampah dan mengutip sampah di beberapa kawasan perumahan di sekitar bandar raya ini.

Turut serta dalam pemeriksaan mengejut itu ialah Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

Zambry berkata, tindakan beliau menyertai pekerja bahagian pembersihan MBI mengutip sampah dibuat secara mengejut dan tidak dirancang.


Video oleh SYEFRY MONIZ MOHD. NIZAR

“Ini merupakan usaha kerajaan negeri untuk mendekati golongan yang bertanggungjawab membersihkan persekitaran bandar raya ini.

"Saya perlu turun ke bawah untuk merasai pengalaman golongan ini melaksanakan kerja-kerja mereka," katanya. - UTUSAN ONLINE