NARIMAH SAMAT
NARIMAH SAMAT 

Acara tersebut dianjurkan oleh Red Adventure Sdn. Bhd. membabitkan laluan sejauh 10 dan 20 kilometer, bermula di Anjung Floria dan melalui jalan-jalan sekitar Putrajaya.

Menurut Pengarah Acara Red Adventure, Narimah Samat, acara tersebut dianjurkan bagi menggalakkan lebih ramai wanita bergiat aktif dalam aktiviti sukan seperti berbasikal dan larian.

Beliau berkata, acara tersebut diadakan pada sebelah malam bagi memberi kelainan, selain memberi lebih ruang kepada wanita bekerja terlibat sama.

PESERTA Sheride Putrajaya 2019 bersedia untuk memulakan kayuhan di Putrajaya, malam ini. - UTUSAN ON

PESERTA Sheride Putrajaya 2019 bersedia untuk memulakan kayuhan di Putrajaya, malam ini. - UTUSAN ONLINE/ YULPISMAN ASLI

Jelasnya, meskipun acara itu disasarkan untuk golongan wanita namun pihaknya turut menerima penyertaan lelaki iaitu sebanyak 30 peratus. 

"Matlamat kita nak galakkan wanita bergiat aktif dalam sukan. Wanita kini tidak ada lagi alasan untuk terlibat dalam aktiviti seperti ini, jika mereka bekeluarga boleh bawa bersama anak-anak, jika bujang di sini boleh mencari kawan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam ini. 

Menurut Narimah, peserta termuda berusia 10 tahun dan semua peserta dilindungi oleh insurans. 

Pihaknya turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Perbadanan Putrajaya bagi menjaga keselamatan peserta. 

"Kita turut menyediakan 20 marshal terlatih bagi mengawasi peserta sepanjang laluan dan paramedik bagi mereka yang menghadapi sebarang masalah," katanya. 

Setiap peserta akan menerima maju dan medal selain berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah berupa basikal besar (fat bike) dan basikal bandar (city bike). - UTUSAN ONLINE