Mereka ialah Meknab Tebu, 63; Jais Keladi, 55; Romi Hamdan, 29; Leha Hamdan, 26; Haika Rahim, 22; Poja Jong, 21; Farah Rahim, 20; Fayah Papan, 20; Safia Papan, 18; Din Hamdan, 18; Puspa Lie, 5; Nasri Rosli, 3; Mohd. Saleh Khaizan, 1; Amir Lie, 1, dan Jelik Jong yang usia tak dikenal pasti.

Terdahulu pada kesemua jenazah dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Gua Musang pada pukul 8.30 pagi ke Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra untuk disembahyangkan.

Sembahyang jenazah diketuai oleh Imam Tua Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Othman Saufi.

Lebih 20 wakil agensi berkaitan turut menunaikan solat jenazah.

JENAZAH Romi Hamdan dibawa keluar daripada Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra untuk disemadikan di Ka

JENAZAH Romi Hamdan dibawa keluar daripada Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra untuk disemadikan di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir, Gua Musang, Kelantan tengah hari ini. - UTUSAN ONLINE

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Agama Maik, Murtadha Abdullah; Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Amran Ariffin dan Ketua Cabang PKR Gua Musang, Zulqarnain Zakaria.

Kemudiannya, pada pukul 9 pagi jenazah dibawa ke kampung halaman mereka menggunakan enam kenderaan jenazah dan tiba di Kampung Kuala Koh kira-kira satu jam setengah selepas itu.

Kesemua jenazah itu selamat dikebumikan mengikut adat agama Islam pada pukul 12 tengah hari.

Bagaimanapun pihak media dan orang ramai tidak dibenarkan masuk ke kampung tersebut kerana masih diisytihar sebagai kawasan merah. - UTUSAN ONLINE