Kejadian kira-kira pukul 8.40 malam itu turut memusnahkan sebuah kereta jenis Nissan Cefiro yang diletakkan di halaman sebuah rumah.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Shahrul Nizam Nasir berkata, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

"Kebakaran tersebut menyebabkan tiga buah rumah dianggarkan musnah sekurang-kurangnya 90 peratus manakala sebuah kereta musnah 100 peratus.

"Tindakan pantas anggota bomba membuat pemadaman dapat mengelakkan dari terus merebek ke rumah bersebelahan," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE