Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Mohd. Mazri Yahya berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku yang mengejutkan banyak pihak.

“Perkara ini menjadi tambah mengejutkan apabila viral tuduhan dalam media sosial mengaitkan kelewatan tindakan pencegahan ini dengan kehadiran tiga kilang kimia kepunyaan suami beliau di Pasir Gudang,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Bee Yin dalam sidang akhbar di Pasir Gudang hari ini menafikan suaminya memiliki tiga kilang kimia di daerah ini dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak membuat tuduhan tersebut. - UTUSAN ONLINE