Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, selepas insiden pencemaran yang berlaku di Pasir Gudang tahun ini, semakin ramai yang bangkit dan mula berbahas tentang isu pencemaran bukan sahaja wakil parti pembangkang malah pihak kerajaan sendiri.

“Justeru, saya ingin jelaskan tentang komitmen saya bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan berkaitan demi memastikan kesejahteraan rakyat.

“Dalam kes Sungai Kim Kim, kerajaan negeri telah memberi peruntukan segera sebanyak RM6.4 juta untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa toksik. Dalam isu pencemaran udara baru-baru ini, saya tidak berlengah dan tidak mengambil pendekatan lepas tangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Sahruddin berkata, pihaknya turut meminta kesemua agensi kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu penduduk Pasir Gudang khususnya dalam kalangan murid sekolah. - UTUSAN ONLINE