Ahmad Samsuri Mokhtar
Ahmad Samsuri Mokhtar 

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu akan dibincang terlebih dahulu
dalam mesyuarat mingguan Exco di Kuala Lumpur esok.

Menurutnya, buat masa ini beliau tidak dapat memberi sebarang jaminan berhubung perkara itu
dan masih menunggu laporan mengenainya daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

"Kita belum bincang lagi, saya masih tunggu laporan daripada Wan Sukairi untuk kita bentangkan dalam mesyuarat mingguan Exco esok.

"Kita akan bincang dulu. Kalau ada apa-apa (keputusan sama ada diberi insentif atau sebaliknya) akan diberitahu esok," katanya yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih
Sempena Persaraan  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Razaki Puteh.

Dalam perlawanan akhir tempoh hari menyaksikan Perak berjaya menjulang piala berprestij itu
setelah menundukkan TFC menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 setelah kedua-dua pasukan
terikat seri 3-3. - UTUSAN ONLINE