Ahli Dewan Undangan Negeri ((ADUN) wanita Terengganu, Zuraida Md. Noor berkata, buat masa ini kerajaan negeri belum bercadang menubuhkan pusat perlindungan seumpama itu namun sentiasa memberi sokongan kepada NGO bagi merealisasikan hasrat itu.

Beliau seterusnya menyifatkan inisiatif NGO berhubung perkara itu sebagai langkah terbaik untuk sama-sama memainkan peranan dalam menjaga hal ehwal kebajikan golongan wanita di negeri ini.

“Bagi kerajaan negeri, inisiatif NGO itu amat baik sekali dan kerajaan negeri akan lihat perkara ini untuk turut sama-sama membantu merealisasi hasrat murni NGO menubuhkan pusat perlindungan seumpama itu di negeri ini,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas majlis Hi-Tea dan Dialog Wanita Negeri Terengganu Bersama NGO di Permai Hotel di sini petang semalam yang dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Alias Harun. - UTUSAN ONLINE