Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Zull Azman Jamaluddin berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 6.05 petang.

Bagaimanapun, katanya, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

“Kejadian melibatkan sebuah stor simpanan barang-barang lusuh bersaiz 10x10 di tingkat tiga asrama putera yang terbakar 100 peratus.

“Bagaimanapun api berjaya dipadamkan oleh staf asrama dengan menggunakan alat pemadaman api sebelum pihak bomba sampai di lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zull Azman, bomba dengan kekuatan 10 anggota menggunakan satu aliran hos bagi memadamkan sisa-sisa kebakaran. - UTUSAN ONLINE