Ahmad Zaidi Abdullah, 18, Ahmad Anwar Hakim Zamri, 15, dan Ilman Dzul Hakim Ramli, 14, akan berlepas ke pada 16 Disember depan dengan ditemani bapa masing-masing selama 27 hari.

Penyerahan sijil lantikan disampaikan oleh penaja, Suriana Mohd Noor dari Chambers of Suriana Mohd Noor dan Mohd Nazri Yusof dari Hamdan Abdullah Sdn. Bhd. sempena Majlis Ihtifal di Dewan Ibnu Sina Kolej Universiti Tati (Tatiuc), di sini kelmarin.

Perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili. Yang turut hadir, Penasihat Pusat Pengajian Islam dan Tahfiz Raudhah Ribat As-Syafie, Datuk Khaidir Khana Hamzah dan pengurus pusat itu, Azam Halizam Hamid. 

Pengasas pusat itu, Datuk Mohd Arif Ismail berkata, ini adalah permulaan bagi pusat tahfiz seluruh negara untuk 

menghantar pelajar mereka menyertai Talaqqi dan memiliki sijil kursus Shahadah yang dikeluarkan oleh Masjidilharam.

“Tawaran ini bukan hanya kepada pelajar tahfiz kita sahaja malah pelajar tahfiz lain juga boleh menyertai Talaqqi dan kursus Shahadah dengan mengikuti kursus yang kita anjurkan,”ujarnya kepada pemberita.

Menurut beliau, seramai 14 orang pelajar di pusat itu  telah lulus ujian, dan buat permulaan, hanya tiga orang dihantar setelah mendapat tajaan manakala bakinya,  kita akan cuba hantar tahun hadapan.

“Keistimewaan sijil kursus Syahadah yang di keluarkan oleh pihak Masjidilharam ini sebagai sokongan yang kuat bagi pelajar yang ingin memohon sebagai imam dan lain-lain,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE