Ab. Halim yang dibesarkan di Felda Tenang, Hulu Besut ini memulakan kerjayanya sebagai pendidik pada 1988 di Sekolah Kebangsaan Felda Tenang pada sebelum bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nering lapan tahun kemudian.

Di SMK Seri Nering, dia yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang sukan diberi tanggungjawab sebagai jurulatih bakat bola sepak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum berpindah ke SMK Kuala Besut pada tahun 1993.

Setahun kemudian, Ab. Halim kembali bertugas di SMK Seri Nering bagaimanapun, pada Mac 2003, dia ditukarkan ke Pejabat Pendidikan Daerah Besut manakala pada Februari 2009 pula, dia menjadi Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah itu dan bermula 20 Disember 2012 dilantik sebagai PPD yang ke-12 di pejabat sama.

Ab. Halim mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( LKTP) Tenang manakala peringkat menengah di SMK Nasiruddin Shah dan SMK Tengku Mahmud sebelum menyambung pengajian di Maktab Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur, Maktab Perguruan Temengong Ibrahim Johor dan seterusnya ke Universiti Putra Malaysia (UPM) - UTUSAN ONLINE