Mereka turut menerima sumbangan barangan keperluan harian dalam majlis yang diadakan di kediaman Ahli Jawatan Kuasa PKR Terengganu, Datuk Dr. Mohd. Johari Mohamad di Alor Lintang itu.

Yang hadir sama, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dan Pengerusi Kelab Budiman Sejahtera, Zuraidi Abd. Rahman.

Terdahulu, Azan dalam ucapannya berkata, semua pihak perlu mengambil perhatian dan sentiasa cakna terhadap nasib golongan asnaf dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu-padu dan harmoni.

Katanya, insiatif itu sekali gus akan meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan dalam menyediakan persiapan hari raya Aidilfitri buat keluarga masing-masing.

“Semua pihak perlu berusaha mengecilkan jurang perbezaan supaya kita semua dapat bersatu dan memperbaiki kekurangan yang ada,” katanya. - UTUSAN ONLINE