Pertandingan itu merupakan anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.

Sumber jabatan itu berkata, sebanyak tiga kategori terbuka dipertandingkan iaitu video pendek, fotografi dan telefon pintar.

Kategori video pendek menawarkan hadiah wang tunai kepada lima pemenang iaitu johan mendapat RM3,000 diikuti naib johan (RM2,000), ketiga (M1,000) manakala tempat keempat dan kelima masing-masing menerima RM500.

Bagi kategori fotografi, lima pemenang juga berpeluang membawa hadiah wang tunai iaitu johan menerima RM2,000 disusuli naib johan (RM1,500), ketiga (RM1,000) dan tempat keempat dan kelima masing-masing mendapat RM500.

Manakala kategori telefon pintar pula, tiga pemenang berpeluang memiliki hadiah wang tunai RM1,000 (johan) diikuti RM500 (naib johan) dan RM250 (ketiga).

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi talian 019-9239993 atau 016-6217227. - UTUSAN ONLINE