Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, dengan sambutan para pengunjung setakat ini sangat menggalakan, beliau yakin usaha tersebut bakal menjadi kenyataan.

“Kita berharap sasaran ini akan jadi kenyataan, apatah lagi program ini cuba menampilkan kelainan terutama dari segi konsep yang menonjolkan perkampungan budaya dengan mengetengahkan keunikan aktiviti dan gaya hidup penduduk di kawasan ini.

ARIFFIN DERAMAN (dua kanan) bersama Yahaya Ali (dua kiri) dan Tun Ahmad Faisal (kanan) mengenakan pa

ARIFFIN DERAMAN (dua kanan) bersama Yahaya Ali (dua kiri) dan Tun Ahmad Faisal (kanan) mengenakan pakaian tradisional sebagai gimik perasmian Jom Singgoh Pekan Budaya Marang 2019 di Pantai
Peranginan Kelulut, Marang,  - UTUSAN ONLINE/ MOHD. LAZIM ENDUT.

“Malah, menerusi program ini, para pengunjung berpeluang mengenali secara lebih mendalam keunikan budaya, warisan, kesenian, masakan tradisional dan juga cara hidup nelayan pesisir pantai yang menjadi identiti negeri ini,” katanya selepas merasmikan program Jom Singgoh Pekan Budaya Marang 2019 di Pantai Peranginan Kelulut di sini petang semalam.

Yang turut hadir ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Yahaya Ali; Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.

Menurut Ariffin, program ini turut diadakan antara lain bertujuan mempromosi lebih banyak aktiviti dan destinasi pelancongan bagi menarik kunjungan para pelancong ke negeri ini menjelang TMM 2020 nanti.

SUASANA tradisi Melayu yang ditampilkan sempena Jom Singgoh Pekan Budaya Marang 2019 turut melibatka

SUASANA tradisi Melayu yang ditampilkan sempena Jom Singgoh Pekan Budaya
Marang 2019 turut melibatkan cara berpakaian para jemputan ketika
majlis perasmian di Pantai Peranginan Kelulut, Marang, petang semalam. - UTUSAN ONLINE/ MOHD. LAZIM ENDUT

Justeru itu, katanya, pelbagai aktiviti menarik ditampilkan antaranya demonstrasi menjala ikan, pertandingan istana pasir, pukat tarik pantai, jahit pukat, demonstrasi masakan tradisional, tumbuk emping, anyaman atap nipah, silat tempur dan gasing pangkah.

“Turut diadakan dan dijangka bakal menjadi tumpuan ialah pertunjukan dan pertandingan ‘beyblade’ yang menjadi kegilaan para remaja masa kini serta pelbagai hasil produk kampung yang jarang-jarang ditemui disediakan di gerai-gerai Perkampungan Budaya,” jelas beliau. - UTUSAN ONLINE