Kemenangan kali ketiga berturut-turut menerusi puisi berjudul Bunga Kasih Di laman Anugerah karya Fairuzan A. Majid itu membolehkan beliau mengatasi 10 peserta lain dan seterusnya mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan yang bakal diadakan di ibu negara Kuala Lumpur bulan depan.

Tempat kedua disandang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota Bharu di Kelantan, Siti Nur Sharmela Ayob, 22, yang menyampaikan puisi

berjudul Citra Jiwa Merdeka karya Abdul Karim Gullam.

Sementara itu, puisi Milik Siapakah

Tanah Ini! karya Mohd. Ghazali Taib memberi tuah kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jawa Ketereh, di Kelantan, Maizuddin Mohamad, 18, apabila muncul pemenang tempat ketiga.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Ketua Unit Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT), Muhammad Ikram Fadhly Husin.

Program tradisi tahunan sempena sambutan Bulan Kebangsaan anjuran bersama oleh Gabungan Penulis Nasional (Gapena), DBPWT dan Persatuan Sasterawan Terengganu (Pelita) dengan kerjasama PPAT itu turut dihadiri Ketua Satu Pelita, Kamarulzaman Ismail.

Proses penjurian dijalankan hakim iaitu Syed Mohammad Noor Tuan Long (S.M Noor), Abdul

Mubin Ismail dan Wan Zulkifli Wan Yaacob. - UTUSAN ONLINE