Kutipan itu merupakan sumbangan daripada tiga penyumbang utama / badan bukan kerajaan (NGO), sembilan syarikat milik kerajaan, lapan syarikat swasta serta dua orang perseorangan.

Tiga penyumbang utama itu ialah Iman Care & Warga Cakna, Sabasun HyperRuncit Sdn. Bhd. dan Papisma.

Antara GLC pula ialah Terengganu Incorporated (TI), Menteri Besar Incorporated (MBI), Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu) dan Darul Iman Training Centre.

Sumbangan berupa replika cek itu diterima oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum diserahkan kepada pihak PasRelief untuk tindakan selanjutnya dalam majlis Penyerahan Sumbangan Misi Kemanusiaan Gaza

2019 di Wisma Darul Iman di sini semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengarah PasRelief, Mohammad Sanusi Mohd. Nor.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata, beliau teruja dan terharu dengan keperihatinan pelbagai pihak di negeri ini yang tampil menunaikan tanggungjawab menghulurkan bantuan kepada penduduk Gaza yang menjadi mangsa kezaliman Israel.

“Ini adalah tanggungjawab sebagai manusia atas nama misi kemanusiaan membantu penduduk Palestine di Gaza, terima kasih kepada semua penyumbang,” katanya dalam majlis itu.

Sementara itu, Mohammad sanusi pula berkata, ia merupakan misi pertama yang digerakkan oleh PasRelief bagi melaksanakan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestine selepas misi serupa ke Yaman sebelum ini.

“Ini adalah misi pertama ke Palestine yang akan turut disertai menteri, bekas menteri yang kini dalam proses permohonan mendapat kebenaran kerajaan di sana,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE