Mayat Ahmad Ermi Mohammad, 35, dijumpai dalam keadaan terlentang oleh orang awam di kawasan semak yang terletak kira-kira 100 meter dari sebuah rumah di kampung itu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, mayat mangsa ditemukan lengkap berpakaian baju berbelang putih dan biru di samping berseluar pendek paras lutut, bertali pinggang biru dan berselipar warna hijau.

Katanya, berdasarkan cerita ahli keluarga si mati, lelaki itu dikatakan tidak pulang dari rumah sejak 26 April lalu selepas keluar kira-kira pukul 10 pagi.

“Mayat telah dicam ahli keluarga dan difahamkan si mati masih bujang serta tinggal bersama adik lelakinya. Bapanya susah lama meninggal dunia manakala ibunya menetap di Seremban, Negeri Sembilan

“Keluarga si mati sebelum ini ada mencarinya dan dia memberitahu sakit dada dan demam,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE