Pengerusi masjid itu, Osman A. Bakar berkata, program agihan itu merupakan agenda tahunan Masjid Sultan Ahmad sempena bulan Ramadan.

“Bagi bulan Ramadan tahun ini, kita memperuntukan RM150,000 termasuk sumbangan bantuan kepada golongan asnaf, Ibu-bapa tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), pelajar tahfiz, saudara baharu (mualaf) dan anak yatim serta majlis berbuka puasa.


PENGERUSI Masjid Sultan Ahmad, Cukai, Osman A. Bakar mengagih bubur lambuk kepada pemandu bas di hadapan Masjid Sultan Ahmad, Cukai, petang semalam.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Osman yang juga Pegawai Daerah Kemaman berkata, segala perbelanjaan ini merupakan sumbangan kariah Masjid Sultan Ahmad melalui tabung masjid yang disediakan oleh jawatankuasa masjid berkenaan.

“Setiap Rabu bulan Ramadan kita mengagihkan bantuan kepada golongan berkenaan termasuk sumbangan wang tunai dan barangan keperluan hari raya,” katanya.

 

Osman turut mengucapkan terima kasih kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman atas sokongan dan kerjasama membantu menjaga keselamatan dan kawalan lalu lintas semasa program diadakan. - UTUSAN ONLINE