Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam satu kenyataan berkata, setakat pukul 5 petang ini air Sungai Chalok dekat jambatan Chalok telah melepasi paras bahaya.

Katanya, empat sungai lain pula dilaporkan telah melepasi paras waspada dan terus meningkat iaitu Sungai Setiu di Kampung Besut, Sungai Telemong di Kuala Ping, Sungai Nerus di Kampung Langkap dan Sungai Penih di Felda Mengkawang.

"Ini kerana kadar keamatan hujan lebat di daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Marang.

"Oleh itu, orang ramai perlu sentiasa bersiap sedia memandangkan ketika ini merupakan tempoh air laut pasang besar, jadi jika hujan lebat dan bertembung dengan air laut pasang, memungkinkan risiko banjir boleh berlaku di kawasan-kawasan rendah. - UTUSAN ONLINE