Kunjungan serta penyampaian sumbangan barangan keperluan hari raya itu diketuai Timbalan Pengerusi kelab itu, Dr. Mohd. Zaki Salleh dengan kerjasama Penyelaras UMNO DUN Air Putih.

Program yang bermula pukul 9 pagi dan berakhir pukul 5 petang itu dimulakan dengan berkumpul di hadapan pejabat Pesona Ventures Sdn. Bhd. sebelum bergerak ke cawangan-cawangan UMNO DUN Air Putih.

Mohd. Zaki berkata, dalam kunjungan ke atas 18 cawangan UMNO, sumbangan diagihkan kepada lima keluarga terpilih di setiap cawangan.

“Cawangan yang dikunjungi antaranya cawangan Kampung Mak Chili, Kampung Seri Permai, Kampung Pulau Tempurung, Kampung Pasir Minal, Lot Seri Jaya, Kampung Batu 4, Kampung Tok Kapor, Kampung Binjai, Kampung Paman, Kampung Pasir Gajah, Kampung Seberang Tayor Hilir, Kampung Seberang Tayor Hulu, Felda Seberang Tayor, Kampung Batu 14, Kampung Tebak, Kampung Dadong, Kampung Air Putih dan Kampung Jenang.

“Kehadiran Kelab Sahabat N32 ke cawangan-cawangan UMNO disambut oleh ketua cawangan dan jawatankuasa mereka. Selain menyampaikan sumbangan, kita juga turut melawat pesakit terlantar di beberapa cawangan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Air Putih berkata, Kelab Sahabat N32 akan meneruskan kunjungan di 14 buah lagi cawangan UMNO Sabtu ini.

“Cawangan-cawangan tersebut ialah Felda Cerul 1, Felda Cerul 2, Bandar Cheneh Baharu, Peringkat 4 Bandar Cheneh Baharu, Felda Neram 2, Kampung Baru Felda Neram 2, Kampung Seri Damai Felda Neram 2, Peringkat 3B Felda Neram 2, Kampung Tengah Felda Neram 1, Kampung 100 Felda Neram 1, Kampung Padang Lalang Felda Neram 1, Kampung Baru Felda Neram 1, Kampung Perasing Jaya dan Kampung Bukit Mentok,” katanya.

Mohd. Zaki berharap sumbangan daripada Kelab Sahabat N32 sekurang-kurangnya membantu meringankan beban golongan tersebut dan berpeluang menyambut Aidilfitri seperti orang lain. - UTUSAN ONLINE