Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, laluan itu kini dinaiki air setinggi satu meter berhampiran Kampung Kuala Ping dan 0.5 meter di Kampung Kepah menyebabkannya terpaksa ditutup kepada semua jenis kenderaan.


Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar menggunakan laluan alternatif dari Kampung Baung ke Kuala Berang dan Kampung Bukit Kepoh untuk melancarkan perjalanan mereka.

Bagi pengguna Jalan Aring 8 - Kenyir - Kuala Jeneris pula, laluan ditutup setelah air naik setinggi 0.5 meter berhampiran Kampung Pasir Dula.

Pengguna dinasihatkan melalui jalan alternatif menggunakan laluan Kampung Basung-Gedong-Teris. Bagaimanapun jalan itu masih boleh dilalui kenderaan berat. - BERNAMA