Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, hal itu kerana BMBF juga merupakan barangan keluaran usahawan dalam negara ini.

"Saya percaya tidak salah mempromosi BMBF kerana ia sebenarnya mempromosikan barangan keluaran usahawan dalam negara. Bukankah pengusaha/barangan yang dipromosi sebagai BMBF ini milik rakyat Malaysia?

"Maka sebenarnya mempromosi BMBF juga adalah mempromosi Beli Barangan Malaysia," katanya dalam catatan dalam akaun Facebook miliknya di sini hari ini.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk memberitahu, galakan membeli barangan buatan Muslim itu sebagai usaha memperkasakan ekonomi orang Islam di negara ini.

Baru-baru ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berpendapat tidak menjadi sebarang kesalahan apabila umat Islam menyokong perniagaan sesama Muslim kerana sikap sedemikian bukan sahaja boleh membantu meningkatkan ekonomi golongan tersebut, bahkan mereka juga boleh memperoleh pahala.

Sehubungan itu, katanya, gerakan kempen mengutamakan membeli barangan keluaran bumiputera sepatutnya disambut baik oleh semua pihak.

habis