Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) TNB negeri, Mohd. Nazri Puteh berkata, ini kerana jumlah kapasiti bekalan elektrik adalah berlebihan berbanding jumlah penggunaan.

Pada masa sama, beliau berkata, semua anggota yang terlibat semasa perayaan selain kemudahan genset yang ada dletakkan dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi segala kemungkinan gangguan bekalan elektrik ketika perayaan Aidilfitri.

TNB

“Ketika ini proses pemeriksaan dan penyelenggaraan giat dilakukan di semua stesen bagi memastikan sistem bekalan elektrik dalam keadaan bersedia untuk menampung beban elektrik yang meningkat menjelang dan ketika Aidilfitri.

“Kita juga akan pastikan semua pekerja iaitu lebih kurang 180 orang yang ditugaskan ketika perayaan itu nanti dan juga genset sentiasa bersiap sedia bagi meminimumkan gangguan bekalan elektrik,” ujarnya.

Mohd. Nazri menyatakan perkara itu kepada pemberita pada majlis Berbuka Puasa TNB Bersama Media Terengganu di Hotel Grand Puteri di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat), Ahmad Syafri Husnaini Mohamad.

Beliau menarik perhatian, pada masa ini TNB Terengganu mempunyai kira-kira 900 kakitangan dengan 10 peratus daripadanya ditugaskan mengikut sif pada musim perayaan Aidilfitri. - UTUSAN ONLINE