Anugerah itu disampaikan oleh Ketua Sektor Akademi Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Azman Othman di Bukit Keluang Beach Resort dekat sini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Pengarah program Empower ECER Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Jaya Holdings, Prof. Madya Dr. Noorul Shaiful Fitri Abdul Rahman.

Di bawah Program Latihan Akademik itu, para pelajar berprestasi lemah dari sekolah-sekolah di dua daerah itu didedahkan kepada pengukuhan akademik dan sahsiah yang melibatkan kelas latih tubi, kem belajar dan seminar teknik menjawab soalan.

Usaha itu ternyata membawa kejayaan memberangsangkan apabila keputusan PPSR menunjukkan peningkatan Gred Purata Murid (GPM) sebanyak 91 peratus melebihi KPI yang ditetapkan sebelum ini iaitu 55 peratus manakala bagi PT3 sebanyak 78 peratus berbandig 55 peratus KPI sebelum ini.

Sementara itu, Dr. Noorul Shaiful dalam ucapannya berkata, UMT Jaya Holding sebagai anak syarikat milik penuh UMT sangat komited untuk membantu meningkatkan akademik pelajar yang mempunyai pelbagai potensi untuk diketengahkan. - UTUSAN ONLINE