Acara larian sejauh 10 dan 5 kilometer itu dianjurkan oleh anak syarikat milik kerajaan negeri itu bertemakan `EPIC Fun Run - Reaching Out To All’.

Program yang julung kali diadakan itu mendapat sambutan memberangsangkan di mana hampir 700 penyertaan diterima daripada kakitangan EPIC dan juga penyewa-penyewa gudang dalam kawasan KSB.

Larian membabitkan dua kategori iaitu 5 kilometer dan 10 kilometer dengan yuran pendaftaran RM40 dan RM50 bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

PESERTA EPIC FUN RUN 2019 melakukan senaman sebelum memulakan larian di KSB, Kemaman pagi tadi. - UT

PESERTA EPIC FUN RUN 2019 melakukan senaman sebelum memulakan larian di KSB, Kemaman pagi tadi. - UTUSAN ONLINE/ MUKHATAR A. RAHMAN

Dengan yuran penyertaan, setiap peserta layak menerima baju larian, beg, bip, pingat, topi, serta sijil penyertaan dan larian itu juga menawarkan hadiah wang tunai bagi pemenang setiap kategori serta 50 hadiah cabutan bertuah kepada peserta.

Program itu dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara seluruh kakitangan EPIC dengan penyewa-penyewa gudang, pelanggan-pelanggan serta rakan-rakan niaga di sekitar Kemaman.

Selain itu, objektif program ini adalah untuk mengajak kakitangan EPIC meningkatkan kesedaran tentang kepentingan serta mengamalkan gaya hidup sihat dan dalam masa yang sama dapat memperbaiki dan mengeratkan hubungan sesama mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad, Saabi Wahab, program ini mungkin akan diteruskan lagi pada masa akan datang memandangkan sambutan amat mengalakkan serta melebihi jumlah peserta yang disasarkan.

Majlis pelepasan peserta disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Mohd. Shamsol Mohd. Kamil pada pukul 8 pagi.

Yang hadir sama, Pengurus Besar Perancangan Korporat, Komunikasi, Pembangunan dan Projek Khas EPIC, Abdul Adzim Abdul Hamid dan Pemangku Pengurus Besar EPIC Marine Services Sdn. Bhd., Kapten Abdul Razak Embong. - UTUSAN ONLINE