Pengerusinya, Kamariah Abdullah berkata, majlis yang julung kali diadakan itu bertujuan meraikan anak-anak yatim di samping berkongsi kegembiraan bersama mereka di bulan Ramadan.

“Mereka turut menerima duit raya hasil daripada sumbangan orang ramai dan syarikat swasta sebagai persediaan menyambut Aidilfitri nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Yang hadir sama, Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid; Pengurus Cawangan Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) Kuantan, Mohd. Azrol Bidin dan Penaung Persatuan Bas Sekolah Daerah Kemaman, Megat Suhaimi Megat Idrus. - UTUSAN ONLINE