Kem sehari yang turut disertai 78 guru pra sekolah itu dirasmikan oleh Ketua Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Mohd. Sufian Mamat Jakis @ Mohd. Jais.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi.

Mohd. Sufian dalam ucapan perasmiannya berkata, pendedahan awal kepada murid Prasekolah itu amat bersesuaian untuk membentuk keperibadian dan kecintaan kepada agama.

Manakala Dr. Azman pula berkata, usaha itu bukan sahaja perlu diteruskan malah ditambahbaik untuk memupuk rasa cinta kepada masjid kalangan golongan muda khususnya pelajar sekolah. - UTUSAN ONLINE