Terdahulu kesemua mereka diijabkabulkan di Masjid Sultan Ahmad di sini dan kemudiannya majlis resepsi diadakan di pentas astaka, Padang Astaka Chukai yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid.

Mereka adalah kalangan 194 pasangan muda diseluruh negeri yang melangsungkan perkahwinan beramai-ramai hari ini, dan detik bersejarah dalam kehidupan itu dimeriahkan dengan sambutan yang dibiayai oleh kerajaan negeri di setiap kawasan Parlimen.

Program yang menjadi tradisi tahunan mulai 2016 diteruskan oleh kerajaan Pas Terengganu setelah program itu menjadi sebahagian daripada manifesto parti. - UTUSAN ONLINE