Bakat terpendam itu dikongsi di Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim menunjukkan karipap yang sudah siap dan akan digoreng. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar 

Beberapa keping gambar yang dikongsi menunjukkan baginda sedang memasukkan inti ke dalam karipap dan seterusnya mengoreng kuih tersebut.

Karipap yang disedia dan dimasak di Istana Pasir Pelangi itu hari ini dihidang dan dimakan bersama dengan kakitangan istana.

Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim sedang mengoreng karipan. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar 

"DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bukan sahaja tegas dari segi kepemimpinan serta mahir dalam pelbagai perkara, malah Baginda juga mempunyai bakat terpendam dalam bidang masakan.

"DYMM Sultan Johor juga mempunyai kebolehan dalam menyediakan pelbagai jenis masakan," tulis kapsyen pada gambar yang dikongsi tersebut.

"Hebatnya Tuanku. Bukan senang nak rasa air tangan seorang raja. Semoga Tuanku di beri kesihatan yang baik. Amin," komen Yan Zayana.

"Terbaik Tuanku buat karipap tak pakai pencetak. Hasil seni tangan yang kreatif. Raja yang paling disayangi rakyat Johor," tulis Cik KediNg OLyn.

"Terbaik Tuanku. Tentu sedap. Kalau tengok karipap yang Tuanku buat memang sungguh menyelerakan," kata Haza Nain.

"Perghhh kena dengan kopi o panas bersama angin sepoi-sepoi bahasa syahdu Tuanku," tulis Muhammad Naqib Ibrahim.-UTUSAN ONLINE