“Saya perlu meneliti kertas siasatan dahulu, sebab tujuan bernikah adalah mencari mawaddah dan rahmah. Sekiranya didapati bersalah, (suami) boleh didakwa mengikut Seksyen 23 iaitu Kebenaran Berpoligami dan Seksyen 19 iaitu Kebenaran Perlu Sebelum Akad Nikah.

“Semalam, saya terus hubungi Ketua Penguat Kuasa Agama berkaitan isu kekeluargaan ini kerana masalah itu merupakan isu besar sehingga masyarakat ada yang menyerang dan ada yang pertahankan.

“Umur ini had belaka (kebanyakan negara mengehadkan umur pasangan bernikah) walaupun ada hadis yang sebut Rasulullah bernikah dengan Saidatina Aisyah pada umur sembilan tahun. Isu ini jadi besar sebab bernikah di Thailand, jadi kita minta dia daftarkan di sini,” jelasnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zaini berkata, perkahwinan had umur yang dibenarkan di negeri ini adalah pada umur 16 tahun dengan kebenaran Hakim.

Manakala, perkahwinan melibatkan umur di bawah 16 tahun dengan kebenaran hakim disebabkan pelbagai faktor.

“Ini antara faktor sebab orang bernikah antaranya terlanjur, dakwaan dirogol dan sebab bila usia terlalu muda begini kemungkinan bercerai itu tinggi. Malah, perkara itu juga menjadi kesalahan dan boleh dihukum jadi kita akan pertimbang semua faktor,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE