Ketua Pegawai Penyelaras LZS, Basith Abdul Hamid berkata, kadar tersebut mengikut harga beras yang dimakan oleh sesebuah keluarga.

“Secara umum, zakat fitrah yang kita akan kutip adalah RM7 tetapi mulai tahun ini, kita mengalu-alukan bayaran zakat mengikut harga jenis beras yang dimakan.

“Kita tetapkan mulai tahun ini, zakat fitrah pada kadar RM7, RM14 dan RM21 satu kepala,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan LZS 2018 di Wisma PKPS di sini, baru-baru ini.

Yang Yang hadir sama ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Profesor Emeritus Muhammad Awang dan Ahli Jawatankuasa Operasi Kutipan LZS, Datuk Syed Ghazali Wafa Syed Adhwam Wafa.

Basith menambah, bagi golongan berkemampuan, mereka sudah pasti mampu membeli beras yang lebih mahal seperti beras perang, beras pulut dan beras wangi untuk kadar RM21 satu kepala.

“Bagi yang berkemampuan membeli beras yang lebih mahal seperti beras Basmati, beras Jepun dan beras merah, boleh membayar RM21 satu kepala,” katanya. - UTUSAN ONLINE