Tegas Sultan Sharafuddin, sekolah tahfiz yang tidak mempunyai kokurikulum dan sistem pendidikan akademik moden juga hendaklah ditamatkan perkhidmatannya.

‘‘Pendidikan tahfiz di Selangor telah menarik minat ramai ibu bapa dan pelajar dan di Selangor sahaja terdapat 15,000 pelajar tahfiz di 263 sekolah swasta tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).

‘‘Beta menitahkan sekolah-sekolah swasta tahfiz yang tidak berdaftar dengan JAIS dan tidak mempunyai kokurikulum dan sistem pendidikan akademik moden hendaklah ditutup,” titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-14 di sini, hari ini.

Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin menyeru kerajaan negeri supaya melaksanakan penguatkuasaan lebih serius terhadap mereka yang melepaskan sisa-sisa buangan ke sungai terutama dengan mengenakan hukuman yang lebih berat.