Program melibatkan murid tahun empat hingga enam dari dua buah premis institusi pra sekolah berkenaan bermula dari pukul 8 pagi dan berakhir kira-kira pukul 12 tengah hari.

Berbeza dengan tahun lalu, penganjuran sukan tahunan Pasti yang mempunyai bilangan murid antara terbesar di negara ini itu dibahagikan kepada rumah hijau, kuning, merah dan biru itu dengan tema-tema karakter kartun.

Selain acara untuk murid, program turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah dan permainan ibu bapa seperti pertandingan tarik tali dan melontar belon berisi air secara berpasangan.

Majlis yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Selangor, Shafie Ngah itu bersurai selepas makan tengahari.

Shafie berkata, penganjuran sukan tahunan itu merupakan sebahagian daripada silibus pendidikan Pasti dalam melahirkan generasi yang dapat menjadi pelapis agama dan tanah air.

Turut hadir Pengurus Pasti Siti Sarah Bandar Baru Bangi, Ahmad Mokhtaza Mokhtaruddin.- UTUSAN ONLINE