Majistret Roslizi Sulaiman mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 26 tahun itu bermula hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 277 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek dibawa ke Mahkamah Klang diiringi polis kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Semalam, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, suspek ditahan di sebuah rumah di Jeram, Kuala Selangor.

Susulan tangkapan itu, Nurulhuda menjelaskan, berdasarkan siasatan awal suspek dipercayai menerima arahan daripada sebuah syarikat bagi melakukan pembuangan sisa kimia tersebut. -UTUSAN ONLINE