Sementara pemain dari Perlis, Azaharin Ahmad Tajuddin pula membawa pulang Iphone 6S setelah mengungguli kate­gori Special Gate In One Challenge.

Mereka memenangi hadiah utama itu setelah menumpas­kan lebih 160 pesaing lain dalam kejohanan yang dijayakan oleh Kelab Woodball Prang Besar (KWPB) dengan kerjasama Uniten, Persekutuan Woodball Asia (AWF) dan Persatuan Woodball Malaysia (MWA).

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalul­lail merangkap Penaung Diraja Persatuan Woodball Perlis (PWNPs) dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berke­nan berangkat menyempurnakan majlis pengurniaan hadiah kepada para pemenang pelbagai kategori.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Naib Canselor Uniten, Prof. Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha dan Presiden KWPB, Asrul Nizwan Mohamad. Yang turut hadir Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr. Xavier Jayakumar.

Turut diadakan sempena kejohanan ini ialah pertandingan FB Photo Challenge, Instagram Photo Challenge dan Cabutan bertuah.

KWPB ditubuhkan 17 Mei 2018 bagi memperkenal, mempromosi dan menarik minat warga Putrajaya menceburi sukan moden berasal dari negara Taiwan itu.