Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, pertandingan tersebut menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM21,000 serta sijil penyertaan kepada para pemenang.

“Pertandingan fotografi ini merupakan inisiatif MBSA untuk memberi ruang dan peluang kepada orang ramai menyerlahkan bakat mereka di samping menggalakkan masyarakat untuk menghargai serta mencintai bandar raya Shah Alam melalui lensa fotografi.

“Para peserta boleh mengambil foto di tempat-tempat menarik sekitar Shah Alam seperti lokasi pelancongan, bangunan, monumen, tasik, taman atau landskap,” katanya dalam satu kenyataan di sini, baru-baru ini.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada warga negara berumur 18 tahun dan ke atas. - UTUSAN ONLINE