Pengurus Plaza Shah Alam, Azura Mokhtar berkata, mengambil ilham dekorasi Marrakech, warna serba putih mengisi ruang utama pentas yang terletak di aras bawah pusat beli-belah tersebut menjadikannya berada dalam kelas tersendiri.

“Pelbagai aktiviti menarik disusun sepanjang lebih sebulan promosi berlangsung bermula 29 April lalu sehingga 4 Jun ini. Selain jualan pakaian dan kuih raya, pelbagai aktiviti diadakan bagi memberi keceriaan kepada pengunjung yang hadir. “Antara aktiviti yang dinantikan tentu saja persembahan artis seperti Andi Bernadee, Sarah Suhairi, Aisyah, Noryn Aziz, Alyah, Shiha Zikir, Imran Ajmain, Datuk Fazley dan The Mirza pada 18 Mei ini iaitu esok,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, selain persembahan artis terkenal, aktiviti untuk pengunjung turut diadakan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan ghazal, program membuat kek dan gubahan bunga.

Bagi menghargai para pengunjung, pihaknya menganjurkan peraduan Belanja dan Menang dengan hadiah-hadiah bernilai RM15,000.

Antara hadiah-hadiah menarik ditawarkan kepada para pemenang ialah pakej percutian ke Langkawi, Playstation 4, seutas rantai emas Khaalish, baucar pakaian dan baucer berbuka puasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini boleh layari Facebook, Instagram atau laman web rasmi Plaza Shah Alam. - UTUSAN ONLINE