Penduduk mendakwa ini kerana sudah banyak berlaku kemalangan berpunca daripada jalan rosak dan laluan sempit bagi laluan berkenaan terutamanya membabitkan penunggang motosikal.

KHAIRUDDIN MOHD. ALI.
KHAIRUDDIN MOHD. ALI. 

Seorang penduduk di Taman Seri Andalas, Khairuddin Mohd. Ali, 50, berkata, dia yang mewakili penduduk di taman perumahannya dan kawasan sekitar amat berharap pihak berwajib segera mengatasi masalah kesesakan tersebut.

“Masalah utama adalah se­ring berlaku kemalangan di laluan yang sempit. Jalan di situ amat merbahaya kepada penunggang motosikal terutama pada waktu malam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Khairuddin berkata, banyak aduan motosikal rosak se-perti tayar pecah, rim bengkok kedengaran sejak dua tahun lepas.

Katanya lagi, selain kemalangan biasa pernah berlaku kemalangan maut disebabkan ketiadaan lampu jalan di laluan sempit tersebut.

“Saya berharap pihak Jabatan Kerja Raya memasang papan tanda anak panah bagi laluan susur Jalan Kim Chuan dan Persiaran Tun Sambathan di kawasan yang kerap terlibat kemalangan,” katanya.

NAZRI AKIP
NAZRI AKIP 

Sementara itu seorang penduduk di Taman Klang Jaya, Nazri Akip, 56, pula berharap pihak berwajib tidak memandang remeh masalah kesesakan di laluan sempit di kawasan tersebut kerana beliau sendiri pernah menjadi mangsa.

“Saya berharap projek LRT3 ini disegerakan oleh pihak kontraktor bagi mengurangkan masalah ke­sesakan berterusan di kawasan itu.

“Sebagai rakyat marhaen dengan kos hidup yang semakin tinggi hari ini ia benar-benar membebankan.

“Saya perlu mengeluarkan belanja luar jangka semata-mata mahu membaiki rim motosikal yang rosak kerana terlanggar lubang yang banyak di laluan sempit Jalan Klang-Banting,” katanya.