Menurut Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim, program tersebut melibatkan penyertaan seramai 100 orang pengusaha Taska di bawah kawasan pentadbiran MBSA.

“Kempen ini merupakan komitmen berterusan pihak MBSA untuk mendidik generasi muda, guru-guru dan ibu bapa mengamalkan amalan inisiatif hijau dalam kehidupan seharian.

“Pada masa sama, pihak Taska turut menerapkan di dalam silibus pembelajaran mereka mengenai Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sebagai satu langkah untuk memberikan pendedahan secara menyeluruh mengenai kepentingan kehidupan hijau,”katanya kepada pemberita selepas Bengkel GIFT di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama ialah Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd. Rashidi Ruslan dan Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA, Asmah Zin.

Haris berkata, antara pengisian program tersebut adalah Taklimat GIFT oleh Pengarah Hatching Technology Sdn. Bhd., Rahmat Bayudi, Perkongsian ‘Edible Gardening’ oleh Pengasas Persatuan Barakah Etika Kepergunaan, Marlina Wong Abdullah bersama Phoon Hui Leng dan Eman Hui.

“Program ini merupakan kesinambungan program-program dari Zon Bersih dan Zon Bersih Mini (Mini ZeeBee) MBSA.

“Ia juga selaras dengan usaha MBSA menjadikan Shah Alam Bandar Raya Rendah Karbon menjelang tahun 2030,” katanya. - UTUSAN ONLINE