Program bermula dengan semua pasangan dinikahkan juru nikah masing-masing sebelum diraikan dalam majlis persandingan yang juga diadakan di Dewan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah.

Timbalan Pengarah (Operasi) JAIS, Salwana Ahmad Dahlan berkata, setiap pasangan tersebut hanya perlu mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM1,500 untuk menyertai program berkenaan.

SAIFUL Azhar Ariffin dan Nor Hifiyanti Laili Mohd. Mokhtar
SAIFUL Azhar Ariffin dan Nor Hifiyanti Laili Mohd. Mokhtar antara pasangan yang menyertai Program Perkahwinan Perdana anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah di Cyberjaya hari ini. - UTUSAN ONLINE

“Pasangan pengantin hanya bayar RM1,500 dan perbelanjaan lain ditanggung oleh JAIS. Antara pakej yang yang disediakan ialah majlis akad nikah, persandingan dan jamuan makan.

“Pelamin dan baju pengantin juga pihak JAIS sediakan, inisiatif ini adalah untuk membantu meringankan beban mereka yang ingin mendirikan rumah tangga,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Salwana berkata, untuk jamuan makan setiap pasangan pengantin dibenarkan menjemput 50 ahli keluarga masing-masing dan mereka juga diberikan kek perkahwinan. - UTUSAN ONLINE