Menurut Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim, bengkel tersebut memberi peluang untuk orang ramai terutama pemimpin setempat melahirkan idea bagi memantapkan perkhidmatan MBSA terhadap masyarakat.

“Kita memfokus kepada 10 perkara di dalam bengkel hari ini yang mana antaranya di dalam aspek pembangunan komuniti dan pembangunan perbandaran.

“Jika input-input yang diberikan oleh peserta-peserta hari ini diterima kita akan sesuaikan dengan bajet sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Bengkel Bajet 2200 Bersama Komuniti Shah Alam di sini hari ini.

Yang hadir sama ialah Timbalan Setiausaha MBSA, Cheremi Tarman dan Ketua Ahli MBSA, Kamarudzaman Sanusi.

Mengulas mengenai jumlah bajet tahun hadapan Haris berkata, pada kebiasaannya bajet akan meningkat dari masa ke semasa.

“Unjuran dalam penyediaan bajet kebiasaannya ia akan meningkat seiring perbelanjaan semasa merangkumi aspek pembangunan dan pengurusan.

“Sehubungan dengan itu kita mengadakan beberapa kempen untuk meningkatkan kutipan hasil cukai dan bukan cukai bagi menampung perbelanjaan yang bertambah, “ katanya. - UTUSAN ONLINE