Adhif Syan berkata, kawasannya mempunyai paling ramai golongan susah yang menerima sumbangan baucar bernilai RM100 tersebut.

“Kita amat memahami keperluan golongan susah dan miskin bandar yang memerlukan bantuan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kebanyakan penerima bantuan disenaraikan dalam E-Kasih.

“Kita mempunyai penerima seramai 750 orang melibatkan peruntukan sebanyak RM75,000 kali ini. Oleh kerana Dengkil banyak kilang, kita mengesan ada golongan miskin bandar yang mempunyai pendapatan RM1,500 ke bawah,” katanya di sini, baru-baru ini.

Yang hadir sama ialah wakil Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis), Ummi Solehah Sulaiman dan Pengerusi Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) Dengkil, Azman Anorwar. - UTUSAN ONLINE